Spread the Love

Semasa kelas Bahasa Inggeris yang saya jalankan, ini adalah antara soalan yang saya akan tanya.  Adakah anda tahu bila soalan-soalan ini digunakan?

“How do you do?” dan “ What do you do?”

‘How do you do?” adalah ungkapan yang kita boleh guna bila kita berjumpa seseorang buat pertama kali, dalam keadaan formal. Bila kita ditanya soalan itu, bagaimanakah cara yang betul untuk menjawabnya? Jawapannya adalah…. How do you do? Ya, jawapan yang sama dengan soalan, Cuma berbeza intonasi suara.

“What do you do?” pula bertanya tentang apa yang kita buat.  Bukan apa yang kita buat sekarang, tapi apa yang kita selalu buat, iaitu pekerjaan kita.  Contoh jawapan kepada soalan ini adalah,

“I’m a (job)”

contoh,‘I am a Professional Learning Facilitator.”

“I work for (name of the company)”

Contoh, “I work for ABC”

“I work in (field)”

Contoh, “I work in marketing.”

Jom, share your thought.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *