Spread the Love

5 rahsia bagaimana nak kurangkan konfius Bahasa Inggeris.  Baca lebih lanjut untuk kurangkan konfius Bahasa Inggeris sekarang.

Kenapalah aku kena belajar Bahasa inggeris ni? Dah berbelas tahun belajar masih tak pandai2 lagi!  Kalau tak perlu guna kan bagus.  Ni di ofis semua orang speaking.  Aku je sorang yang ternganga. Asyik kena marah dengan bos sebab selalu tak faham arahan. Murung gileer rasanya!

5 Tip Ampuh Kurangkan Konfius Bahasa Inggeris

Relax la … ada cara sebenarnya untuk kurangkan konfius dan bercakap dengan lebih yakin dalam Bahasa inggeris ni.  Jom kita tengok satu persatu:

  1. Tak kenal tak cinta. Bercinta dulu dengan Bahasa Inggeris. Alaa… macam kita dating2 dulu. Kenal hati budi, niat dia baik, banyak bantu kita, maka timbul la rasa sayang.
  2. Bila dah cinta dan sayang, kita kenali dengan lebih mendalam dan timbul rasa selesa. Masa tu, belajar la perkataan, frasa, idiom, proverb untuk membantu kita mula bertutur dalam Bahasa Inggeris. Take it one step at a time, okay.
  3. Cakap je.  Tak perlu overthink sangat. 
  4. Orang gelakkan?  Hahaha…. Lantak la mereka dengan labu2nya.  Kita gelak sekali.  Kita teruskan dengan usaha kita, mereka tak nak usaha, mereka tak dapatkan.
  5. Bila ada salah faham nak buat macamana? Salah faham memang akan berlaku. Samada kita fasih atau tak, dalam bahasa apa pun. Kita bukan gagal. Tak ada istilah gagal dalam belajar. Menurut ilmu NLP, tak ada kegagalan, hanya ada maklumbalas. Yang penting kita belajar dari kesilapan dan move on.

Anda nak share pengalaman (pahit atau manis) menggunakan Bahasa Inggeris? Boleh2. Sila share di komen ya

Support facebook page saya dan terima kasih kerana baca artikel di blog Sharifah Salwa

https://www.youtube.com/watch?v=jOFLbhGwGlI&t=180s

2 thoughts on “5 Cara Kurangkan Konfius Bahasa Inggeris

  1. Perkongsian yang sangat bagus. Tips yang sangat berguna untuk kurangkan rasa konfius ketika berbahasa inggeris. Pengalaman saya masa mula2 bercakap bahasa inggeris dulu memang tergagap-gagap. Tapi saya gagahkanjugak sebab dah terpaksa bercakap dengan mat saleh dari UK masa tu. Alhamdulillah sebab saya push diri untuk bercakap sekarang dah fasih sedikit berbahasa inggeris walaupun tak selancar mana.

  2. Pemgalaman yg sangat berbaloi dalam mendalami
    Belajar English.
    Merupakan pengkongsian yg sgt baik.
    Mula² Belajar dulu gagap² sehingga hari ninsaya sentiasa Belajar memperbaiki grammar saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *